Di mana dunia

melakukan pasaran

Lihat dahulu / Kemudian lompat. Itu adalah falsafah kami iaitu tidak kira siapa anda atau apa yang anda dagangkan, bersedia sebelum melakukannya adalah cara terbaik memaksimumkan keuntungan dalam kehidupan.

Helo, Pedagang

Kami adalah TradingView, satu platform pencartaan dan rangkaian sosial yang digunakan oleh 100J+ pedagang dan pelabur seluruh dunia untuk mencari peluang sepanjang pasaran sejagat.

Dibina untuk pencari jalan hingga ke bintang

Seluruh dunia adalah pentas — arena di mana kerja keras dan risiko dikira boleh membawa kejayaan mengagumkan. Kami menghargai pendokong semangat ini, dari pengguna terbaik kami kepada angkasawan dunia nyata.

Scott "Kidd" Poteet

Scott "Kidd" Poteet

Angkasawan Polaris Dawn

Juruterbang Falcon 9 SpaceX — manusia tertinggi orbit Bumi semenjak program Apollo dan beliau adalah duta kami.

Kod kehormatan kami

Untuk mencapai misi tersebut, kami telah membuat tiga prinsip yang
disokong oleh semua pasukan kami.

Pengguna kami
ialah pelabur kami

Kami menjana sebahagian besar wang kami hanya melalui langganan dan iklan bulanan berkos rendah. Kami tidak peduli sama ada anda berdagang ataupun tidak. Bagi kami, objektiviti adalah kecemerlangan.

Ini bukan carta,
ini kebebasan

Kami tidak pernah hilang tumpuan kepada fakta bahawa jutaan pedagang melaburkan modal jerit-perih mereka berdasarkan apa yang mereka lihat di platform kami. Bila kami menjadi lebih baik, anda akan menjadi lebih bagus.

Kewangan
harus bersifat sosial

Bagi kami, perbincangan terbuka dan ekspresi diri adalah kunci terbaik untuk menjana pemahaman, jadi kami berusaha untuk membina platform kewangan terbaik dengan rangkaian sosial yang kuat sebagai terasnya.

Pada setiap jalan

Kami digunakan pada hampir semua bandar, di mana-mana. Dan apabila anda beroperasi pada kedudukan itu, anda harus pastikan anda hanya mendapat data terbaik.

Sebut helo, Wall St✌️
Maklumat terbaik memberikan makna yang sangat penting kepada pedagang. Disebabkan itu kami bekerjasama dengan rakan kongsi data institusi terbaik di jalan paling terkenal di dunia, dan juga jauh disebaliknya.
1 / 5